JellyPages.com

Ayien Adalah Ayien =)

Tuesday, 25 December 2012

Ayat Manis Tuh Buad Aku Menyesal :(

Dear blogie , memang betul cinta itu mesti dibuktikan dengan perbuatan kan . Bukan dengan kata-kata yang hanya indah jika dibaca dan didengar  , tapi sebagai manusia kita lebih menghargai kata-kata tersebut daripada perbuatan sebab manusia ni kadang-kadang buta dengan perkataan yang indah walaupun tidak nampak keikhlasan nya disitu . Kita sering kali tidak menghargai orang yang berada di depan mata kita , yang selalu berkorban untuk melihat kita bahagia dan terus tertawa walaupun bukan bersama mereka . Mereka sanggup memendam rasa sayang dan cinta yang sememangnya khas buat kita agar kita dapat tersenyum ketika bersama dengan orang yang kita sayang . Tapi pernah ke kita sedar adakah orang yang kita sayang itu juga sayang pada kita sebagaimana kita sayang pada dia ?



 Macam gitu jugak yang terjadi pada ayien , apabila ayien tersedar semua nye dah terlambat dan takkan pernah kembali lagi pada ayien . Sifat dia yang suka mengongkong membuatkan ayien rimas tanpa ayien sedar yang dia buat macam gitu sebab nak melindungi ayien tapi apakan daya ayien sebab ayien buta melihat ketulusan kasih sayang dan cintanya buat ayien . Ayien lebih memilih lelaki yang lebih pintar bermain kata-kata kerana bagi ayien kata-kata itu melambangkan keikhlasan nya . Tapi ayien silap dalam membuat pilihan . Meninggalkan sahabat dan cinta sekaligus memang tidak menimbulkan kesedihan pada awalnya tapi setelah lama kita tidak melihat namanya dalam list messages dan tidak kelihatan namanya dalam call log , membuatkan hati ayien sepi dan sunyi . Mengingati awak membuatkan airmata ayien jatuh lagi * lap air mata *


 Pada saat itu jugak rindu mula bersarang di hati tetapi pada ketika itu dia sudah pun berbahagia bersama cinta sejati nya dan siapa lahh ayien untuk menggangu kebahagiaan dia ? Cukup sudah dia berkorban selama ini untuk ayien , kini tiba saatnya untuk dia hidup bahagia disamping yang tersayang .

p/s : Kata-kata manis itu memang indah tapi tak bermakna sekiranya kata-kata tersebut hanyalah perbohongan yang nyata . [ SiPendek ]

No comments:

Post a Comment